Lawatan Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada 5 dan 13 April 2012, beberapa orang Pegawai yang ditugaskan dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah hadir ke Sekolah Rendah Hafiz dan Sekolah Menengah Hafiz. Lawatan kali ini adalah bertujuan sebagai pemantauan Kualiti Standard Sekolah yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah, prasarana, pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan aktiviti sekolah. Pemantauan ini diadakan dalam tempoh 5 tahun, sebelum ini, Sekolah Menengah Hafiz telah dianugerahi 3 bintang, dan diharapkan akan mendapat 5 bintang untuk lawatan kali ini. Manakala bagi Sekolah Rendah Hafiz, ini adalah pemantauan kali pertama. Disini, Hafiz merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung termasuk ibu bapa yang tidak putus-putus memberi sokongan. Tanpa anda, siapalah kami. Marilah kita sama-sama berdoa agar Hafiz terus mengorak langkah lebih baik dalam melahirkan generasi profesional yang Hafiz Al-Quran.