PENGIKTIRAFAN DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ HAFIZ OLEH
 KERAJAAN MALAYSIA (JPA)
 
Pada Januari 2013 Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengiktiraf Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Kolej Hafiz mulai 27 Mac 2012 setaraf dengan Diploma biasa dari Institut Pengajian Tinggi Awam bagi maksud lantikan ke perkhidmatan Awam. Ini bermaksud, lepasa Kolej Hafiz bukan sahaja boleh menyambung pengajian di Uni Islam Madinah, Uni Al-Azhar, Mesir malah di IPTA dan IPTS dalam Negara, juga boleh bertugas dalam sektor kerajaan atau swasta.
Mabruk...Mudah-mudahan hadiah Allah kepada Kolej Hafiz selepas 30 tahun berusaha melahirkan Generasi Al-Quran dapat memberi sedikit suntikan untuk kami terus berjuang.
 
 
PENGIKTIRAFAN 4 BINTANG OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tahniah...Selepas 30 tahun berusaha, Allah menghadiahkan Maahad Hafiz anugerah 4 Bintang oleh KPM bagi kategori Sekolah Menengah Hafiz, Klang dengan 89% dan Sek Ren Hafiz, Sg.Pinang dengan 88% dalam pecapaian kualiti standard. Merangkumi 9 perkara antaranya pentadbiran, pencapaian akademik, kokurikulum, kemudahan dan prasarana, keselamatan dan sumber manusia. Semoga semua asatizah dan para pelajar teruskan usaha dalam melahirkan Generasi Al-Quran di muka Bumi Allah. Juga Maahad Hafiz Jeram LilBanat mendapat pengiktirafan  89% oleh Jabatan Agama Islam Bahagian Pendidikan Islam di atas pencapaian kualiti.


 
JOHAN KESELURUHAN PERTANDINAGN AMAL ISLAMI

Tahniah, Maahad Hafiz Klang mendapat johan bagi acara Nasyid, Qosidah, Tilawah al-Quran, Syarahan, Khat. Manakala Maahad Hafiz Sg Pinang mendapat Naib Joan Nasyid yang diadakan di Universiti Industri Selangor pada Bulan April 2013. Juga pelajar Muslimat mendapat Johan acara Nasyid yang diadakan di Maahad al-Farabi Klang yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.


 


MAKAN AMAL DAN KUALITI PELAJAR CEMERLANG 2013

Pada 6 Oktober 2013, lebih 1000 kehadiran di kalangan ibu-bapa, pelajar dan dif kehormat memeriahkan program Makan Amal dan penyampaian sijil kepada pelajar cemerlang, antaranya Sijil Syahadah Hafazan 30 juz, pelajar cemerlang Diploma Tahfiz, SPM, SMA, PMR, UPSR, PSRA dan sijil pra tahfiz. Melibatkan semua cawangan dan peringkat: Diploma, Tahfiz Sek Men, Tahfiz Sek Ren dan Tadika. Juga disampaikan anugerah kakitangan terbaik, anugera alumni dan anugerah keluarga terbaik bagi cawangan Klang, Sg.Pinang dan Jeram. Kumpulan Hijjaz memeriahkan majlis di akhir program.
 


 
 
 

 
SAMBUTAN 30 TAHUN MAAHAD HAFIZ
Semoga usaha-usaha para asatizah dan para pelajar dalam melahirkan Generasi Al-Quran mendapat keredhaan Allah. Pelbagai program telah dilaksanakan antaranya para pelajar belajar dalam program keusahawanan. Al-Hamdulillah jualan selama 2 hari sebanyak: RM 20,000. 30% darinya dimasukan ke akaun PIBG Maahad Hafiz.

JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN TAEKWONDO ITF SELANGOR






SYABAS...Hafiz Taekwon-Do Academy (HTA) berjaya dinobatkan Johan keseluruhan Kejohanan Taekwon-Do ITF tertutup peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Kolej Hafiz, Klang pada November 2012. Jumlah peserta keseluruhan adalah 168 peserta dari 6 academy Taekwon-Do di Selangor antaranya ACE Taekwon-Do, Perfect Taekwon-Do Academy. HTA berjaya membawa pulang 15 pingat emas, 18 perak dan 21 gangsa bagi acara pattern dan sparring.

JOHAN KESELURUHAN JAMBORI AMAL ISLAMI SELANGOR 2012




TAHNIAH....Maahad Hafiz Klang (Banin) dan Maahad Hafiz Jeram (Banat) mewakili Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran N.Selangor (PITAS 1) berjaya mendapat Johan Keseluruhan kategori Menengah antara 28 sekolah agama persendirian di Negeri Selangor pada 20-22 April 2012 yang diadakan di UniSel anjuran MAPIS. Sekaligus membawa pulang Piala YB Dr Halimah. 
Berikut adalah maklumat acara:
1. Johan Pidato Muslimat
2. Johan Tilawah Al-Quran Muslimat
3. Johan Bola Jaring
4. Johan Ping-Pong Muslimat
5. Johan Takraw
6. Naib Johan Ping-Pong Lelaki
7. Tempat ke-3 Bola Sepak
8. Tempat ke-3 Ping-Pong beregu Lelaki
9. Tempat ke-3 Nasyid Lelaki
- Juga mewakili PITAS 2 (Maahad Hafiz Sg Pinang) ke pertandingan jambori amal Islami peringkat rendah pada 27-29 April 2013 dengan mendapat tempat-3 keseluruhan.

DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ HAFIZ DIIKTIRAF JPA DAN MQA


TAHNIAH....Syukur ke hadrat Ilahi, Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat (MQA/FA 2143) Kolej Hafiz telah mendapat perakuan Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pengiktirafan Kelayakan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tarikh: 27 MAC 2012. Ini bermakna pelajar lepasan Kolej Hafiz boleh menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda ke IPTA/ IPTS di Malaysia secara pemindahan kredit, juga boleh menjawat jawatan samada dalam badan kerajaan (perkhidmatan awam) atau swasta, di samping menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah, Saudi & Universiti Al-Azhar,Mesir. 
Salinan pengiktirafan boleh dimuat turun di:   http://pengiktirafan.jpa.gov.my/   http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyiptskolej.cfm    

Ujian Kelayakan & Isbat Hafazan

Assalamualaikum, sekarang sedang berlangsung Ujian Kelayakan kemasukan pelajar, bagi mengisi kekosongan pelajar yang telah menarik diri disaat akhir, hari ini juga berlangsungnya isbat hafazan di Dewan Pusat Tuisyen Hafiz, bagi pemilihan mewakili sekolah dalam pertandingan tahfiz al-Quran.

Pendaftaran Pelajar

Alhamdulillah, semua pelajar telah mendaftar semula pada 9 Disember yang lalu. Bagi pelajar tingkatan 1 yang mendaftar pada 8 Disember, selamat menempuh alam baru sebagai seorang huffaz. Semoga kalian bersemangat dalam usaha menjadi Profesional Islam yang hafiz al-Quran.

Pencapaian Hafazan al-Quran

Pelajar yang menghafaz al-Quran di Maahad Hafiz, akan disenarai pendek untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau badan-badan khas tahfiz seperti PITAS (Persatuan Institusi Tahfiz Selangor) dan JAIS sendiri. Dalam pada itu, maahad juga akan menghantar mereka yang cemerlang dalam hafazan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang dikeluarkan dan dikelola oleh pihak kementerian. Berikut antara pencapaian pelajar dalam tahfiz al-Quran:

1. 2012
  • Mat Yaakob - Johan 1-20 juz daerah Klang
  • Mat Yaakob - Tempat kelima 1-20 juz negeri Selangor
  • Zahrul Faiz - Naib Johan 1-10 juz daerah Klang
2. 2011
  • Siti Farhana - Johan 1-20 juz daerah Klang
  • Siti Farhana - Johan 1-20 juz negeri Selangor
  • Zahrul Faiz - Naib Johan 1-20 juz daerah Klang
3. 2010
  • Nazmi - Johan 1-10 juz daerah Klang
  • Siti Farhana - Tempat kelima peringkat antarabangsa*


* Siti Farhana telah mewakili Malaysia ke Jordan dalam pertandingan tahfiz peringkat antarabangsa. Pada pertandingan itu, Farhana mendapat tempat kelima hanya dengan perbezaan markah yang terlalu hampir dengan Johan. Syabas dan tahniah diucapkan.

Gambar kenangan ketika menghantar Farhana ke Jordan

Ustaz Hafiz membacakan doa mendoakan kejayaan Farhana di Jordan

Pertandingan Mahrajan Sanawi

Mahrajan Sanawi adalah satu pertandingan antara sekolah yang mana dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Arab secara maksimum. Pertandingan yang berteraskan seratus peratus menggunakan bahasa arab ini sangat dinantikan oleh pendidik dan pelajar terutama yang memang mengambil bahasa arab sebagai salah satu subjek yang dipelajari. Maahad Hafiz, menengah rendah dan tinggi tidak terkecuali dalam penyertaan ini. Berikut pencapaian pelajar sepanjang tiga tahun menyertai pertandingan ini:

  1. 2012
    • Naib Johan Kad Ucapan
    • Tempat Ketiga Tekasilangkata
  2. 2011
    • Johan Karangan Menengah Tinggi
    • Johan Kad Ucapan Menengah Tinggi
    • Johan Kalimatus Sobhah Menengah Rendah
    • Naib Johan Kalimatus Sobhah Menengah Tinggi
  3. 2010
    • Johan Kad Ucapan Lelaki
    • Naib Johan Nasyid
    • Johan Hiwar
Antara pelajar yang mengambil bahagian

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang

Syarat Kemasukan ke Tingkatan 1

Syarat kemasukan ke Tingkatan 1 adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan
  2. Telah menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA / UPKK atau setaraf
  3. Lulus Ujian Kelayakan dengan peratusan yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Akademik Maahad Hafiz. Ujian merangkumi 3 bahagian:
    • bertulis
    • berkomputer
    • hafazan
  4. Masa ujian adalah 2 jam, namum penambahan masa diberikan kepada pelajar yang masih belum sedia memberikan tasmik untuk bahagian hafazan.
  5. Semasa ujian berlangsung, ibu bapa atau penjaga yang hadir akan mendengar taklimat daripada Tuan Pengarah. Segala soal jawab boleh diutarakan.

Majlis Khatam Hafazan al-Quran

Pelajar yang mengkhatamkan hafazan al-Quran
Dibahagian belakang adalah pelajar muslimat
Saudara Sollehan sedang mengalunkan bacaan
Bergambar kenangan bersama Tuan Pengarah
Pada 8 Oktober yang lalu, bertempat di Maahad Hafiz, cawangan Sungai Pinang, berlangsung Majlis Khatam Hafazan al-Quran. Majlis ini adalah untuk meraikan sembilan pelajar muslimin dan tiga pelajar muslimat. Semoga majlis sebegini akan dapat disertai oleh lebih ramai pelajar pada tahun-tahun yang akan datang.

Umrah Ilmiah 2013 kali ke-3

Klik pada gambar untuk besarkan

Klik pada gambar untuk besarkan
Setelah dua tahun berturut-turut, Hafiz kini membuka tawaran mengerjakan umrah buat kali ke-3 kepada para pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mengerjakan umrah di bawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Muhamad Hafiz sendiri. Umrah dan ziarah kali ini tidak banyak perubahan dari segi aktiviti dan tempat-tempat ziarah yang ditwarakan. Kepada yang berminat, sila berhubung melalui no telefon yang terdapat pada risalah di atas.

Sekitar Ujian Kelayakan 21.12.2012

Pelajar sedang menjawab ujian bertulis
Pelajar yang sedang menjalani sesi menghafaz
Pada 21 November 2012, bertempat di Ibu Pejabat, Kolej Hafiz Klang, seramai 46 calon telah menduduki ujian kelayakan bagi memasuki tahun sesi pengajian 2013. 15 daripadanya adalah calon perempuan. Ujian ini merupakan ujian kelima yang diadakan sejak dibuka pendaftaran baru pada penghujung bulan Oktober yang lalu. Pada ujian ini, sejumlah kecil pelajar yang tidak mencapai peratusan dan tidak melepasi satu temuduga khas, terpaksa ditolak permohonannya. Ujian kali ini men jadikan jumlah pelajar yang telah berjaya adalah mencecah lebih kurang 124 (lelaki dan perempuan) orang untuk tingkatan 1, dan seramai lebih kurang 30 orang untuk lain-lain tingkatan. Ujian seterusnya akan diadakan pada 24 November 2012. Ujian ini mungkin yang terakhir memandangkan jumlah pelajar yang diterima masuk semakin ramai, dan pengambilan yang dihadkan pada kali ini cukup terhad. Buat makluman para pembaca, ujian kelayakan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu ujian bertulis, ujian berkomputer serta ujian menghafaz. Masa minima yang diperuntukkan kepada pelajar adalah dua jam, namun masih bergantung kepada pelajar sama ada, dapat menghabiskan kesemua ujian tersebut lebih awal atau sebaliknya.

Lawatan Ahli Panel Penilai MQA

Beberapa orang panel penilai yang dilantik oleh MQA telah hadir bagi menyemak dan memantau perkembangan Kolej Hafiz. Semoga semuanya berjalan lancar.

Borang Kemasukan Diploma

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kepada pelajar yang berminat untuk mendapatkan borang kemasukan beserta maklumat berkaitan mengenai Kolej Hafiz, sila hantarkan KHNama penuhAlamat surat menyurat ke nombor 013-2057889, 016-2615903 dan 017-6144846. Pihak kami akan menghantar melalui pos dalam tempoh seminggu. InsyaAllah.

Pembayaran Yuran

Assalamualaikum. Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga yang ingin mengemukakan bukti pembayaran yuran melalui emel, sila sertakan lampiran resit pembayaran. Terima kasih.

Lawatan Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada 5 dan 13 April 2012, beberapa orang Pegawai yang ditugaskan dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah hadir ke Sekolah Rendah Hafiz dan Sekolah Menengah Hafiz. Lawatan kali ini adalah bertujuan sebagai pemantauan Kualiti Standard Sekolah yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah, prasarana, pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan aktiviti sekolah. Pemantauan ini diadakan dalam tempoh 5 tahun, sebelum ini, Sekolah Menengah Hafiz telah dianugerahi 3 bintang, dan diharapkan akan mendapat 5 bintang untuk lawatan kali ini. Manakala bagi Sekolah Rendah Hafiz, ini adalah pemantauan kali pertama. Disini, Hafiz merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung termasuk ibu bapa yang tidak putus-putus memberi sokongan. Tanpa anda, siapalah kami. Marilah kita sama-sama berdoa agar Hafiz terus mengorak langkah lebih baik dalam melahirkan generasi profesional yang Hafiz Al-Quran.

Maklumat dan Borang Kemasukan Diploma

Assalamualaikum, maklumat dan borang tidak dapat atau gagal dimuat turun, sila kirimkan satu emel kosong ke 'kolejhafiz@ymail.com' meminta borang kemasukan diploma, dan saya akan membalasnya. Segala kesulitan didahului dengan ucapan jutaan kemaafan.

Borang Permohonan

Assalamualaikum, buat makluman semua, borang permohonan Diploma 2012M / 1433H telah dimuat naik. Sila muat turun semua maklumat di pautan kiri blog. Mohon maaf atas segala kesulitan sebelum ini.

Kemasukan Diploma 2012M / 1433H

Assalamualaikum, borang kemasukan diploma sedia ada belum dikemaskini tahun kemasukannya kerana terdapat kekangan tertentu. Namun kami masih menerima borang sedia ada yang boleh dimuat turun melalui blog ini. Terima Kasih.

Tarik Ujian Kelayakan (Updated 23/11/2011)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perhatian, Tarikh Ujian Temuduga / Kelayakan adalah pada 28 November dan 3 Disember 2011.

Tarikh Ujian Kelayakan ke Tingkatan 1 (seterusnya)

Temuduga Kemasukan Pelajar tingkatan 1-5 akan diadakan pada 23, 28 November dan 3 & 10 Disember 2011.

Tarikh Ujian Kelayakan ke Tingkatan 1

Tarikh ujian kelayakan kemasukan ke Tingkatan 1 sesi pengambilan 2012 / 1433 adalah pada 29 Oktober 2011 dan 12 November 2011. Pendaftaran untuk menduduki ujian kelayakan akan dimulakan seawal jam 8 pagi. Ujian hanya diadakan di Ibu Pejabat, bertempat di Wisma Hafiz, Klang. Ujian merangkumi Ujian bertulis, Ujian hafazan, Ujian Al-Quran berkomputer & Ujian peribadi. Pelajar yang berjaya mendapat peratusan yang ditetapkan akan diberikan surat tawaran kemasukan pada hari yang sama. Ujian akan mengambil masa selama lebih 3 jam bergantung kepada kepantasan & kecekapan palajar dalam menjawab semua soalan yang diberikan. Sila bawa bersama alat tulis. Pihak kami akan memaklumkan tarikh Ujian seterusnya sekiranya terdapat permintaan daripada pihak Ibu bapa.

Temasya Sukan Dwitahunan, Sek. Ren & Tadika

Assalamualaikum, untuk makluman semua, Sekolah Rendah Hafiz dan Tadika Hafiz akan mengadakan Temasya Sukan Dwitahunan yang akan berlangsung pada Hari Sabtu, 7 Julai 2011 bertempat di Maahad Hafiz, cawangan Sungai Pinang. Justeru, semua dijemput hadir untuk memeriahkan temasya sukan berkenaan. Pelbagai acara dan hadiah turut disediakan kepada Ibu Bapa dan orang ramai yang hadir.

Ambilan kedua, Program Diploma

Sejumlah pelajar telah mendaftar pada hari Sabtu yang lalu, atas permintaan ramai, pihak kami memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysian Qualification Agency (MQA), Universiti Islam Madinah dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Pihak kami sedang berusaha menyiapkan petempatan tambahan kepada bakal Hafiz Hafizah ini. Semoga usaha kami, dapat melahirkan lebih ramai lagi Profesional Islam yang Hafiz Al-Quran di muka bumi Allah. Jika berminat, sila sms Nama, No Mykad dan Alamat ke nombor 013-2057889.

Pemberitahuan: Pembayaran Yuran Pelajar

Assalamualaikum, dimaklumkan kepada semua ibubapa dan penjaga yang ingin membayar yuran dengan penggunakan perkhidmatan email, sila lampirkan bukti transaksi bersama-sama e-mail. Terima kasih.

Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah

Pada 20 Februari 2011 yang lalu, bertempat di Giant Meru, Klang. Pasukan Nasyid sekolah telah menyertai satu pertandingan Nasyid Expresi Budaya Sempenan Maulidur Rasul 1432H yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama Pejabat Daerah Klang, Giant, Jabatan Agama Islam Selangor dan PPD Klang. Pada pertandingan tersebut, pasukan Nasyid Sekolah telah berjaya merangkul gelaran JUARA dan telah membawa pulang sijil penyertaan beserta Wang Tunai sebanyak RM800. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan semoga pasukan nasyid sekolah akan terus cemerlang dalam apa sahaja pertandingan yang disertai, serta terus gemilang dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah melalui lagu-lagu mereka.

Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat Daerah

Pada 19 haribulan yang lalu, bertempat di Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi (MITS), Kampung Jawa, telah diadakan pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat daerah. Pihak sekolah telah menghantar wakil seramai 3 orang dan ketiga-ketiga mereka memperolehi kejayaan dalam kategori masing-masing.

1) Siti Farhana Zainudin mendapat tempat pertama dalam kategori 1-20 juzuk
2) Nazmi bin Zulkarnain mendapat tempat ketiga dalam kategori 1-20 juzuk
3) Shauqie bin Jailani mendapat tempat kelima dalam kategori 1-10 juzuk

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya.

Jawatan Kosong Akademik & Bukan Akademik

Assalamualaikum, kami mempelawa mereka yang berkelayakan atau berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga Pendidikan Hafiz. Sebagaimana yang anda maklum, kami merupakan Institusi Pendidikan Swasta yang menawarkan pendidikan dari peringkat Tadika sehinggalah Kolej. Institusi pendidikan kami adalah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Sila kemukakan permohonan anda terus ke emel kami: maahadhafiz@yahoo.com ATAU kolejhafiz@yahoo.com, ATAU melalui pos ke No 2, Wisma Hafiz, Jalan Batu 3, 41300 Klang, Selangor, ATAU datang sendiri ke alamat yang diberikan. Terima Kasih.

Bahagian Sumber Manusia
Afix Holdings Sdn Bhd

Buletin Semasa - 27hb Disember 2010

27 Disember 2010 - Isnin
Perhimpunan pagi bagi pelajar Cawangan Klang dimulakan dengan ucapan dari guru bertugas; Ustaz Hamdan. Pada ucapannya, beliau menekankan tentang matlamat dan tujuan sebenar para pelajar, belajar di Maahad Hafiz, disamping menyatakan bahawa pelajar adalah antara insan yang dipilih oleh Allah. Menghafal Al-Quran bukan satu perkara yang mudah. Hanya mereka yang layak dan mampu sahaja boleh melakukannya ulas beliau lagi.


Pada perhimpunan mingguan kali ini, Puan Pengetua memberi satu nasihat berguna tentang sikap sesetengah pelajar yang diandaikan beliau seperti "Pahat dengan Penukul". Pelajar harus mempunyai sikap aktif dalam semua bidang. Bijak mencari setiap peluang dalam semua hal. Mempunyai inisiatif sendiri yang membina dalam menyelesaikan segala bentuk masalah. Dalam pada itu, pelajar mesti tahu peranan masing-masing bukan sahaja peranan sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang anak, malah peranan sebagai seorang Muslim dalam memastikan Islam terus dihormati dan disegani. Puan Pengetua juga turut mengumumkan tentang Temasya Sukan tahunan dan cuti tambahan pada cuti perayaan Tahun Baru Cina akan datang.


Ustaz Hafiz turut memberikan ucapan ringkas, serta sempat bercerita tentang pertemuan beliau dengan bekas pelajar-pelajar Kolej Hafiz yang sedang menuntut di Universiti Islam Madinah; semasa beliau menjadi salah seorang pengiring Jemaah Haji baru-baru ini. Seramai 120 pelajar Malaysia sedang menuntut di Universiti Islam Madinah dan 17 orang darinya adalah pelajar Kolej Hafiz. 3 orang pelajar bekas Kolej Hafiz itu pula baru-baru ini telah dilantik menjadi Exco Persatuan Mahasiswa di sana. Satu pencapaian yang cukup membanggakan. Diakhir ucapan tersebut, beliau mengumumkan nama beberapa orang pelajar yang berjaya mendapatkan Black Belt (taekwon-Do).


Perhimpunan pagi diakhiri dengan bacaan doa.

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah diucapakan kepada seluruh umat Islam di dunia. Khasnya buat seluruh warga Pendidik Hafiz, para Pelajar, Ibu bapa dan penjaga pelajar dan kepada mereka yang selalu melayari laman blog kami, terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun yang lalu. Semoga kehadiran tahun baharu ini, memberikan impak positif sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang lebih baik dalam menuju Mardhotillah.

Tarikh Ujian Kelayakan (Updated 8th Dec)

Tarikh Ujian Kelayakan Kemasukan ke
Tingkatan 1,2,3,4 & 5
Sekolah Menengah / Maahad Hafiz.

Assalamualaikum, buat masa terdekat, ujian kelayakan untuk kemasukan ke tingkatan 1 akan diadakan pada 11 Disember 2010. Bertempat di Wisma Hafiz, Klang. Bermula jam 9.30 pagi. Calon pelajar diminta membawa alat tulis. Ujian merangkumi Ujian Bacaan Al-Quran, Hafalan Al-Quran, Jawi-Rumi, Asas Bahasa Arab, Asas Tajwid, Ujian Berkomputer dan IQ. Pelajar yang layak akan menerima surat tawaran pada hari yang sama. Tempoh ujian bergantung kepada kecekapan pelajar menghabiskan keseluruhan ujian. Ujian mungkin mengambil masa 3 jam.

Pengambilan Kemasukan Sessi 2011/1432

Assalamualaikum, Pengambilan Kemasukan ke Maahad/Sekolah Menengah, Sessi 2011/1432 untuk tingkatan 1-5 dibuka sekarang.


Pengambilan ke Tingkatan 1 adalah dibuka kepada semua lepasan UPSR, PSRA/UPKK (mengikut negeri) Muslimin & Muslimat. Kami juga menerima kemasukan ketingkatan lain, dengan syarat melepasi tahap ujian kelayakan yang kami jalankan. Pendaftaran dan ujian kelayakan telahpun bermula iaitu pada setiap hari Sabtu bermula dari jam 8.00 pagi. Untuk mempercepatkan proses pendaftaran ujian kelayakan pada hari tersebut, sila lengkap dan bawa bersama-sama borang permohonan yang telah dimuat turun dari ruangan MUAT TURUN yang disediakan ATAU datang terus ke Head Quarters di Klang. Terima Kasih.

Berita Harian 16 Oktober

Klik untuk besarkan

Pelajar ke Madinah & Universiti Al-Azhar 2010

Para Graduan Lepasan Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat, Kolej Hafiz ke Universiti Islam Madinah & Universiti Al-Azhar, Mesir 2010.

Pelajar yang telah berangkat menyambung pengajian.

Ahmad Syakir Mohd Nasir - Universiti Islam Madinah

Mohd Farhan Mohamed Nasir - Universiti Islam Madinah

M. Khalil Wazzir Abdul Rahman - Universiti Al-Azhar, Mesir

Muhd. Iqbal Abdul Halim - Universiti Islam Madinah

Nur Masitah Samsudin - Universiti Al-Azhar, Mesir

Hanisah Ariffin - Universiti Al-Azhar, Mesir

Pelajar yang akan berangkat untuk sessi akan datang.

Mohd Taufiq Salam - Universiti Islam Madinah

Noor Hanif Sakijan - Universiti Islam Madinah


Pelajar ke Universiti Islam Madinah 2009


Tiga orang pelajar Kolej Hafiz, telah diterima masuk ke Universiti Islam Madinah dan akan berangkat selepas Hari Raya Aidilfiri, sementara yang lainnya akan menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir.

Konvokesyen ke-9 & Kualiti Pelajar Cemerlang 2009


Pada Sabtu yang lalu, bertempat di Dewan Hamzah, Klang, telah diadakan Majlis Konvokesyen kali ke-9 & Kualiti Pelajar Cemerlang 2009. Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Majid bin Omar, Timbalan Mufti Selangor itu, dihadiri oleh seramai 800 tetamu yang rata-rata terdiri daripada ibu bapa & keluarga para pelajar yang diraikan. Pada Majlis tersebut, seramai 6 pelajar diploma telah menerima Sijil Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan mereka telah berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Madinah & Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada majlis tersebut juga, pelbagai anugerah turut disampaikan seperti, Pelajar Cemerlang Diploma, SPM, PMR, UPSR & PSRA, Pelajar Cemerlang mengikut Tingkatan, Darjah & Tadika, Pelajar yang berjaya menghabiskan hafalan Al-Quran beserta Pelajar yang cukup Tahap Hafalan seperti yang dikehendaki oleh pihak Maahad.

Pada Majlis tersebut, keluarga Encik Amin Buhari bin Md Zain telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Keluarga Cemerlang kali ini. Turut hadir, penasyid terkenal tanah air, Muadz, telah menyampaikan beberapa buah lagu sebelum Majlis berakhir dengan jayanya tepat jam 2 petang.

Kursus Bina Negara (Asas)

Pada 15 Julai 2009 sehingga 19 Julai 2009, bertempat di Tanjung Malim, Perak. Semua pelajar tingkatan 3, 4, & 5 diwajibkan untuk menghadiri Kursus Bina Negara (Asas) yang telah dianjurkan oleh Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Pelbagai aktiviti dan modul-modul telah disediakan oleh kementerian disamping aktiviti lain yang menarik.

Klik untuk besarkan.

Lawatan Sambil Belajar

Pada 28 & 29 Julai yang akan datang, pihak pentadbiran Maahad Hafiz akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kota Bersejarah Melaka yang mana mewajibkan kesemua pelajar Tingkatan 2 untuk menyertainya. Pelbagai tempat menarik bakal dilawati disamping aktiviti-aktiviti sepanjang sessi lawatan yang telah dirancang. Pelajar juga akan mendapat kemudahan penginapan disamping Insurans Perjalanan Pelajar yang disediakan.


Klik untuk besarkan.




Sekitar Sukan Muslimin 2009

Pada 10 Mei 2009, bertempat di Padang Sultan Suleaiman, Klang. Berlangsungnya Sukan Muslimin. Pada sukan kali ini, Rumah Biru (Saidina Abu Bakar) telah dinobatkan sebagai Juara. Yang Berhormat Tuan Dr. Ahmad Yunus Hairi iaitu Timbalan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Insan Negeri Selangor, telah merasmikan Temasya Sukan Tahunan Kali ini.







Pendaftaran Pelajar Baru Diploma

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pelajar baru Diploma Tahfiz wal Qiraat yang telah mendaftar pada 23 Mei 2009 yang lalu. Bagi mereka yang berminat, masih belum terlewat untuk anda mengemukakan permohonan.

KOLEJ HAFIZ (MAKLUMAT PENGAJIAN)
Kursus / Pengajian : Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (Sepenuh Masa)
Tempoh Pengajian : 3 Tahun

SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia.
Berumur 17 tahun ke atas.
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Bahasa Inggeris. Atau kelulusan yang setaraf dengan SPM yang diiktiraf.
ATAU

Para pelajar dari mana-mana Institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qiraat layak memasuki semester berikutnya di Kolej Hafiz dengan keputusan akhir yang telah disahkan oleh institusi berkenaan, mempunyai kelayakan SPM dan lulus ujian kemasukan.
* Pelajar-pelajar yang layak akan mendapat pinjaman PTPTN

Hari Guru 2009

Hari Guru Peringkat Maahad Hafiz telah diadakan pada 28 Mei 2009 bertempat di Dewan Hamzah. Manakala, bagi Muslimat telah diadakan di PTH pada 21 Mei 2009. Warga Hafiz mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan Guru di seluruh Malaysia. "Guru Pembina Negara Bangsa" Semoga terus cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Pendidik.

Sekitar Majlis Hari Guru di Dewan Hamzah