Sekitar Ujian Kelayakan 21.12.2012

Pelajar sedang menjawab ujian bertulis
Pelajar yang sedang menjalani sesi menghafaz
Pada 21 November 2012, bertempat di Ibu Pejabat, Kolej Hafiz Klang, seramai 46 calon telah menduduki ujian kelayakan bagi memasuki tahun sesi pengajian 2013. 15 daripadanya adalah calon perempuan. Ujian ini merupakan ujian kelima yang diadakan sejak dibuka pendaftaran baru pada penghujung bulan Oktober yang lalu. Pada ujian ini, sejumlah kecil pelajar yang tidak mencapai peratusan dan tidak melepasi satu temuduga khas, terpaksa ditolak permohonannya. Ujian kali ini men jadikan jumlah pelajar yang telah berjaya adalah mencecah lebih kurang 124 (lelaki dan perempuan) orang untuk tingkatan 1, dan seramai lebih kurang 30 orang untuk lain-lain tingkatan. Ujian seterusnya akan diadakan pada 24 November 2012. Ujian ini mungkin yang terakhir memandangkan jumlah pelajar yang diterima masuk semakin ramai, dan pengambilan yang dihadkan pada kali ini cukup terhad. Buat makluman para pembaca, ujian kelayakan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu ujian bertulis, ujian berkomputer serta ujian menghafaz. Masa minima yang diperuntukkan kepada pelajar adalah dua jam, namun masih bergantung kepada pelajar sama ada, dapat menghabiskan kesemua ujian tersebut lebih awal atau sebaliknya.