Konvokesyen ke-9 & Kualiti Pelajar Cemerlang 2009


Pada Sabtu yang lalu, bertempat di Dewan Hamzah, Klang, telah diadakan Majlis Konvokesyen kali ke-9 & Kualiti Pelajar Cemerlang 2009. Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Majid bin Omar, Timbalan Mufti Selangor itu, dihadiri oleh seramai 800 tetamu yang rata-rata terdiri daripada ibu bapa & keluarga para pelajar yang diraikan. Pada Majlis tersebut, seramai 6 pelajar diploma telah menerima Sijil Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan mereka telah berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Madinah & Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada majlis tersebut juga, pelbagai anugerah turut disampaikan seperti, Pelajar Cemerlang Diploma, SPM, PMR, UPSR & PSRA, Pelajar Cemerlang mengikut Tingkatan, Darjah & Tadika, Pelajar yang berjaya menghabiskan hafalan Al-Quran beserta Pelajar yang cukup Tahap Hafalan seperti yang dikehendaki oleh pihak Maahad.

Pada Majlis tersebut, keluarga Encik Amin Buhari bin Md Zain telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Keluarga Cemerlang kali ini. Turut hadir, penasyid terkenal tanah air, Muadz, telah menyampaikan beberapa buah lagu sebelum Majlis berakhir dengan jayanya tepat jam 2 petang.